Pagi selepas 2 rakaat solat sunat duha, yana dapat panggilan telefon dari Hospital Ampang. Sister mention, esok boleh masuk wad untuk 3rd Consolidation for idarubincin. Tiba-tiba air mata mengalir…. bukan kerana takut (takut pun ya) tapi lebih kepada sebak. 3rd consolidation bermakna chome terakhir melalui IVakan dijalankan.
Terkenang masa mula-mula doktor sahkan ada APML pada 22 julai 2016, kini dah masuk November 2016 untuk kimo IV terakhir. sabar sabar dan sabar : kini akan tempuhi chemo yang terakhir. Yana mengharapkan ini chemo yang terakhir, dan akan berjalan dengan baik dari masa nurse insert jarum sampailah habis ubat kimo masuk, sampai lah dibenarkan keluar wad.
Esok yana cadang nak belanja nurse dan doktor kuih tart keju dari baker cottage, sebagai tanda terima kasih menjaga yana selama ini. Walaupun mungkin lepas kimo akan masuk balik wad untuk antibiotik or darah tapi ia sebagai simbolik berakhirnya ubat chemo masuk. Besar harapan ini semoga, APML tidak relap dan pergi jauh-jauh dari yana. Selepas chemo ini, yana akan masuk fasa maintenance yang memerlukan yana makan ubat ATRA.
Apa yang terjadi, yana tetap bersyukur kepada Allah swt kerana terpilih untuk APML. Banyak perkara positif yang berlaku pada yana kerana APML.
1) Yana dapat ilmu baru mengenai canser terutamanya mengenai penyakit APML yang jenis rare;
2) Yana bertemu dengan saudara sama jenis sakit. Kak Siti, yang banyak bantuk dan melayan kerenah yana dalam menghadapi APML.
3) Yana juga bertemu dengan kumpulan sokongan di peringkat antarabangsa yang banyak berkongsi pengalaman jenis rawatan dan banyak bagi semangat positif.
4) Yana bertemu kumpulan sokongan dari pelbagai jenis sakit kanser. yana belajar bagaimana kami saling memberi semangat antara satu sama lain. berkongsi suka dan duka.
Dan yang pasti Yana lebih mendekati Allah dan tidak pernah putus berdoa untuk kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Yana juga lebih menghargai apa yang ada disekeliling dan sentiasa bersyukur dan berfikiran positif (ada masa down juga)
Insya Allah, apa bila darah sudah kembali pada paras yang sepatutnya dan kesihatan yana pon sudah bagus, yana dah boleh kembali bekerja. Yana harap akan dapat green light daripada doktor untuk pergi mengerjakan umrah (Inysa Allah kalu diizinkan Allah)
My life after diagnosed with cancer
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Close the Care Gap
Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024: Close the Care Gap Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan ’Close the Care Gap’ dilaksan...
-
Hujung bulan Februari 2019, Yana ada kerja sedikit di Kelantan. Macam biasa, sambil buat kerja, Yana ambik kesempatan m...
-
Apa itu APML? Acute promyelocytic leukaemia (APML) tergolong dalam kumpulan Kanser Darah jenis Lukemia. Ia merupak...
-
Sehingga kini yana sudah 3 kali buat BMB. Ia merupakan proses mengambil sample sum sum tulang di kawasan tulang punggung dng pinggang. Masih...
Love u
BalasPadamtq sis… love u too
BalasPadamSemoga Allah maqbulkn sgla doa dn usaha yana...amiinn...
BalasPadam