Syukur tak lama lagi bulan REJAB bakal kembali. Banyak kengan indah pada bulan ini dan kelebihan pada bulan ini juga sangat istimewa ;)
Semoga dengan kehadiran bulan REJAB ini, hati ini semakin tenang, berbahagia dan tabah selalu. Berikut beberapa hadis Rasulullah s.w.t. mengenai kelebihan bulan REJAB:
1.
Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan
seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2.
Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan
umatku.
3.
Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya,
dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa
sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua
hari dilipatgandakan pahalanya. 5. Puasa
3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke
neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa
7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa
16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan
menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke
atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa
sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air
dari syurga.
10. Bulan
Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun
dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa
itu:
a.
Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b.
Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c.
Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa
pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan
pahalanya.
12. Siapa
bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan
kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat
seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
My life after diagnosed with cancer
Khamis, 2 Mei 2013
Khamis, 25 April 2013
Jom Kurus dengan Kevin Zahri
Bergambar beramai-ramai dengan Kevin Zahri |
Ceramah Kesihatan Bersama Kevin Zahri anjuran Jabatan Muzium
Malaysia dan Biro Pendidikan Waris JMM.
Berpeluang mengikuti ceramah kesihatan terutamanya tentang
topik ‘Jom Kurus”… memang best dan banyak info yang menarik Yana dapat. Sebelah
ptg pula kita orang buat ZUMBA (senaman kardio aerobic) dan juga Body Balance
utk membantu menguatkan lower back dan keseluruhan badan serta sesuai utk
pengurusan stress. Memang best dan jom tengk apa yang Yana dapat tadi masa Kevin bagi ceramah!
1. Minum berais tidak membuncitkan
2. Minum banyak air bukan lah faktor perut buncit (ia buncit
sekejap je, lepas kencing hilang la)
3. Makan banyak sayur untuk fiber (fiber bantu dlm proses
penghadaman)
4. Mesti kurangkan garam
5. Minum banyak air mengikut keperluan: Kevin bagi tau, cara
terbaik mcm mana nak tau badan kita cukup air? Masa kencing sila tengok warna
urin, urin yg elok adalah berwarna keputihan so kalu urin kita kuning make sure
la minum byk air. Tapi kalu warna urin kita ok ok je… so maknanya cukup la air
yg kita minum sehari tu!
6. Apa yang pasti pemakanan yg betul (diet la tu) yang
mempengaruhi berat badan kita dan juga jenis gaya hidup kita. Penggunaan dan
supliment dng korsert tu hanya membantu tapi kalu tak jaga makan tak jln juga
nak kuruskan badan heheee
7. Pil-pil perancang tidak menggemukan tetapi ia boleh mengubah
kadar metabolisma badan kita jadi tinggi atau kurang ataupun boleh menyebabkan
nafsu makan kita meningkat atau sebaliknya.
Yana ada tanya apa cadangan Kevin untuk kes ibu-ibu yang
menggunakan pil perancang atau implano?
Kevin kata… cuba fahami diri kita sendiri apa yang terjadi
dan cuba baiki kerosakkan yang berlaku. (lebih kurang gitu la dia kata)
So mengikut pemahaman yana atau apa yg terjadi pd yana masa
ambik implano, kadar metabolisma yana jadi rendah tu yg badan makin naik. So bg
mengatasi masalah ini, yana kena la cuba mencari altenatif utk buat metabolisma
yana meningkat, cth nya: boleh guna losen mustajab yg panas tu, boleh makan
makanan yg berempah dll.
Rabu, 3 April 2013
Selasa, 2 April 2013
I ♥ Bali (day 2)
Hari ke-2 di Bali rasa tak sabarnya sebab hari ni nak pusing-pusing pulau Bali ni. So pagi-pagi lagi Yana dah siap dan kami hanya sarapan di bilik sahaja. Makan roti dengan jus shj. Yana memang sengaja tak ambik sarapan sebab masa buat survey dkt blog, ramai blogger yg bagi tau banyak sarapan pagi di hotel siap hidang pork huhuu. so untuk selamat baik makan roti dan biskut je.
Seperti yang dijanjikan, Wakil Pak Eli Putrawan telah tiba awal. Supir kami namanya Mahadir (anak saudara Eli). Orangnya muda, nampak baik dan sopan.
Aktiviti kami sepanjang hari ini (day 2)
1. Persembahan barongan
Best juga, tapi persembahan ni dah moden skit + ada unsur lucah (tak sesau kalu bawa anak)
2. Perusahaan Batik Bali
tak besar sangat kawasannya, tempat shopping je lebih hahaa
3. Gold & Silver smith
mahal, tapi mmg menarik penghasilannya. Rasa rugi tak beli cincin silver yg cantik tu (RM150)
4. Lunch at Kintamani
sejuk dan nyaman, pemandangan indah. ada tempat solat. Makanan ok lah bagi yana, tapi not to my hubby, dia tak lalu nak makan lg
5. Bali coffee fruit, spices garden
Tengok penghasilan kopi. dapat rasa 5 jenis kopi. yana rasa sikit2 je takut perut meragam. ada kopi dng pelbagai rasa, teh, coklat. kopi luwak tu ada tapi kena bayar. tapi yana tak lalu nak rasa sebab biji kopi dari najis huhuu
6. Rice Terrace - tempat ni memang cantik, cantik sangat. dekat kawasan ni yana beli lukisan cantik. Hubby pandai tawar harga hahaa
7. Monkey forest - Hubby kata macam lost world, memang indah. Monkey ban yak dan comel. Yana risau je monkey tu terkam yana hahaa
8. Dinner at Jibaran - finally dapat juga candle light diner dengan hubby. Harganya teramat lah mahal, tapi dah 1st time dtg so belasah je la. Tapi puas hati sebab hubby makan sampai bulat dan cute perutnya hehee! Dekat sini juga yana makan jagung bakar yg sedap....
9. Last sekali kami ajak Mahadir ke Krisna. tempat shopping paling murah gile. buka 24 jam, siap boleh terus packing. jangan nak beli cenderamata dkt tempat2 pelancongan sebab harganya mahal. dkt krisna ni terbaik untuk shopping beli t-shirt, peralatan spa (sabun, minyak dll), beg I love Bali, kacang, rantai, lukisan, dll.... murah sangat tau!!!!
masa kita orang shopping tu, ada pertandingan apa tah.... hadiah utama dapat kereta. Yana dan hubby bagi aje borang dan resit tu pada mahadir. mana tau ada rezki dia hehee
Yana selepas persembahan Barongan |
Padi bertingkat - cantik kawasan ni, tapi sayang hujan, tu pasai yana kepit2 kain hehee |
Pemandangan Gunung Batur di Kintamani | Sejuk & Nyaman, best sebab dapat makan nasi |
Macam-macam air kopi dihidangkan - takut memulas perut hehee |
Yana takut nak diri dekat tepi tu - gayat huhuuu |
Monkey temple: cantik tempat ni, macam dalam lost world. Yana sibuk ambik gambar hehee |
Dinner di Jimbaran - Hubby baru ada selera nak makan |
Tengok perut hubby, bulat (kenyang la tu) hehee |
http://yanajamaludin.blogspot.com/2013/04/i-bali-day-1.html
I ♥ Bali (day 1)
Kami berdua hanya beli tiket kapal terbang dan juga hotel untuk 4 hari 3 malam. aktiviti yang lain, pepandailah kami susun nanti sebab dari awal dah buat survey tanya member2 dan juga tengok blog2 orang untuk dapatkan tips ke Bali.
Kami mulakan perjalanan dari rumah ke LCCT pada jam 7.00 pagi, mintak tolong member hubby yang hantarkan. Perjalanan memakan masa 3 jam dari Kuala Lumpur ke Bali (Ngurah Rai) Denpasar dan syukur sebab kapal terbang tiada masalah. Masa kami sedang Q untuk cop pasport tu, Yana tengok banyak pamplet-pamplet free. Yana suh hubby ambik semunya hehee.... dah free, ambik je la untuk rujukan nak jalan-jalan nanti.
Masa keluar dari lampangan terbang tu memang ramai orang sedang menunggu siap dengan sepanduk hehee. Yana dan hubby jalan terus je sebab mana ada orang tunggu kami kan hahaaa!!! Mungkin rezki kami bagus, kami jumpa dengan Eli Putrawan dan dia mintak untuk hantar kami ke Favehotel dekat Kuta. Hubby terus berurusan dengan Eli untuk booking dia selama dua hari nak pi jalan2 dkt Bali. Eli tawarkan kami kereta besar macam alza dengan harga RM150 sehari. so untuk dua hari RM300. Hubby kata murah so, Yana ok aje la.
Lepas cekin Favehotel dalam kul 1.00, kami jalan-jalan aje di sekitar KUTA, tengok pantai, shopping dekat Hardrock, Quicksilver dll.... Haaa bab makan petang tu kami makan McDonal je dan malam yana makan Nasi Padang. Hubby langsung tak makan malam sebab tak berselera hehee...
Yang pasti cuaca memang panas di KUTA.
Swimming Pool cantik ;) |
FAVEHOTEL - cantik PINK, free wife tapi tak der peti ais huhuu |
Yana jalan-jalan di Kuta |
Yana & Hubby di Hardrock cafe |
Hubby hanya mampu nak makan Mcdonal je!!! |
Kuta |
Pilih-pilih baju di Hardrock |
http://yanajamaludin.blogspot.com/2013/04/i-bali-day-2.html
Yana & Ahmad PRO bertugas di PICC sempena majlis APC
Ahmad Pro bertugas di PICC sempena majlis APC |
Tapi macam-macam dugaan berlaku, yana punya la gabra sebab ni la 1st time my Ahmad Pro berkoliberasi dng peralatan lain (teknikal) untuk buat persembahan multimedia hehee...
macam2 nak kena ingat, nak kena tekan dll... dah la jadi bidan terjun jaga teknikal. selalunya yana dng ahmad pro buat design je. kerja-kerja persembahan ni org lain yg uruskan. SO hari ini belajar benda baru la.
masa kerja, 2 kali juga kena restart ahmad pro sebab dia kejung (macbook pro pon boleh kejung ke? huhuu). slide hilang la, font tak muncul la.... semua ni berlaku bukan masa sesi reasel, tetapi masa majlis berlangsung. fuhhh!!!! dugaan sungguh.
Tapi alhamdullilah dlm 3 jam tu, walaupun yana duduk tak tenteram dan risau... segalanya tetap berjalan sempurna walaupun byk sungguh dugaannya. Dan yana telah berniat nak belanja donut kalu ahmad pro berjaya membuat persembahan pada ptg tu. heheee dah semuanya berjalan lancar, so Jumaat ni ke belanja donat la (insya Allah donat this friday)
Sabtu, 2 Mac 2013
He inspire people : Ong Boo Siong
Ong Boo Siong merupakan rakan kelas Yana di Universiti Sains Malaysia. Yana mengenali Boo Siong melalu GROUP FB PJJ USM di mana kami selalu berkongsi ilmu dan kata-kata semangat. Semasa kursus insentif di USM pada Januari 2013 yang lalu, Yana dan kawan-kawan rapat (Pujie, Mok, Fizah, Rahim, Bashah dll.. ramai sangat hehee) telah berkesempatan untuk membantu Ong Boo Siong untuk membantu beliau menguruskan satu Program Belajar dengan Efektif melalui NLP (Neuro-Linguistic Programming). Boo Siong tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk program tersebut, kecuali bayaran RM5 untuk duit sijil sahaja. Boo Siong niat menganjurkan program ini sebagai hadiah beliau kepada USM sempena tahun akhir beliau study di USM. Oleh kerana niat murni Boo Siong tu ikhlas, maka Yana & geng sebulat suara untuk membantu beliau (walaupun time tu bz study dan buat tesis). Alhamdullilah program ini mendapat sambutan dengan kerjasama Persatuan Pelajar PPPJJ USM dan Kumpulan Facebook PJJ USM.
Kenal ke korang dengan Ong Boo Siong? tengok sini ada blog dia http://www.blogger.com/profile/05791915864663268819 atau boleh cari dan follow Boo Siong dalam FB je.
Bagi Yana, Boo Siong betul2 inspire people. walaupun dia Orang Kelainan Upaya (OKU) tapi jiwa dia sungguh besar. Apa yang Yana dapat dari Ong adalah: Pandang diri kita yang positif.... (lihat kelebihan yang ada pada diri kita, bukannya kekurangan yang ada)
Boo Siong juga boleh main gitar dan badminton tau :)
Antara yang membantu Ong melaksanakan Program Belajar dengan Efektif melalui NLP |
Kenal ke korang dengan Ong Boo Siong? tengok sini ada blog dia http://www.blogger.com/profile/05791915864663268819 atau boleh cari dan follow Boo Siong dalam FB je.
Bagi Yana, Boo Siong betul2 inspire people. walaupun dia Orang Kelainan Upaya (OKU) tapi jiwa dia sungguh besar. Apa yang Yana dapat dari Ong adalah: Pandang diri kita yang positif.... (lihat kelebihan yang ada pada diri kita, bukannya kekurangan yang ada)
Boo Siong juga boleh main gitar dan badminton tau :)
Ong Main gitar |
Cuba cari yang mana satu Ong? |
Lepas penat berbadminton, rehat-rehat sambil borak dengan Ong |
Bergambar ramai-ramai dengan Ong selepas selesai sesi Program |
Ong dan Chai: mereka OKU dan merupakan student PJJ USM. |
Ong dan Adnan |
Ong & Yana: masa ni Ong belanja KFC |
Ramai-ramai.... |
TQ ONG BOO SIONG:
Yana sangat bertuah dapat mengenali anda!
all da best to u ONG BOO SIONG
Khamis, 28 Februari 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
Close the Care Gap
Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024: Close the Care Gap Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan ’Close the Care Gap’ dilaksan...
-
Hujung bulan Februari 2019, Yana ada kerja sedikit di Kelantan. Macam biasa, sambil buat kerja, Yana ambik kesempatan m...
-
Apa itu APML? Acute promyelocytic leukaemia (APML) tergolong dalam kumpulan Kanser Darah jenis Lukemia. Ia merupak...
-
Sehingga kini yana sudah 3 kali buat BMB. Ia merupakan proses mengambil sample sum sum tulang di kawasan tulang punggung dng pinggang. Masih...