Pagi selepas 2 rakaat solat sunat duha, yana dapat panggilan telefon dari Hospital Ampang. Sister mention, esok boleh masuk wad untuk 3rd Consolidation for idarubincin. Tiba-tiba air mata mengalir…. bukan kerana takut (takut pun ya) tapi lebih kepada sebak. 3rd consolidation bermakna chome terakhir melalui IVakan dijalankan.
Terkenang masa mula-mula doktor sahkan ada APML pada 22 julai 2016, kini dah masuk November 2016 untuk kimo IV terakhir. sabar sabar dan sabar : kini akan tempuhi chemo yang terakhir. Yana mengharapkan ini chemo yang terakhir, dan akan berjalan dengan baik dari masa nurse insert jarum sampailah habis ubat kimo masuk, sampai lah dibenarkan keluar wad.
Esok yana cadang nak belanja nurse dan doktor kuih tart keju dari baker cottage, sebagai tanda terima kasih menjaga yana selama ini. Walaupun mungkin lepas kimo akan masuk balik wad untuk antibiotik or darah tapi ia sebagai simbolik berakhirnya ubat chemo masuk. Besar harapan ini semoga, APML tidak relap dan pergi jauh-jauh dari yana. Selepas chemo ini, yana akan masuk fasa maintenance yang memerlukan yana makan ubat ATRA.
Apa yang terjadi, yana tetap bersyukur kepada Allah swt kerana terpilih untuk APML. Banyak perkara positif yang berlaku pada yana kerana APML.
1) Yana dapat ilmu baru mengenai canser terutamanya mengenai penyakit APML yang jenis rare;
2) Yana bertemu dengan saudara sama jenis sakit. Kak Siti, yang banyak bantuk dan melayan kerenah yana dalam menghadapi APML.
3) Yana juga bertemu dengan kumpulan sokongan di peringkat antarabangsa yang banyak berkongsi pengalaman jenis rawatan dan banyak bagi semangat positif.
4) Yana bertemu kumpulan sokongan dari pelbagai jenis sakit kanser. yana belajar bagaimana kami saling memberi semangat antara satu sama lain. berkongsi suka dan duka.
Dan yang pasti Yana lebih mendekati Allah dan tidak pernah putus berdoa untuk kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Yana juga lebih menghargai apa yang ada disekeliling dan sentiasa bersyukur dan berfikiran positif (ada masa down juga)
Insya Allah, apa bila darah sudah kembali pada paras yang sepatutnya dan kesihatan yana pon sudah bagus, yana dah boleh kembali bekerja. Yana harap akan dapat green light daripada doktor untuk pergi mengerjakan umrah (Inysa Allah kalu diizinkan Allah)
My life after diagnosed with cancer
Isnin, 28 November 2016
Consolidation: Part 2
2 November 2016 - Wad 7B call suruh mask wad untuk
kimo. Macam biasa, lepas tukar baju hospital, doktor datang jumpa. Yana bagi
tau ttg lutut yang naik lebam, tak la sakit tapi mintak doctor tengok la.
Lepas doktor pergi, nurse datang untuk masukkan jarum.
kali ni 3 kali cubaan baru berjaya, Alhamdullilah. jangka 1st kimo akan bermula
jam 1.30 petang.
Sementara itu, ada pakar dari bahagian otopedik
datang tengok lutut. doc nak buat xray pagi dan untrasound petang lepas kimo
tengah hari nanti.
Masa kimo berjalan dengan baik, pengalaman kali ni
tangan rasa sakit. rasa macam otot mengeras je, banyak-banyak bersabar dan
berzikir. Lepas habis kimo, mula rasa loya. sebelum ni tak rasa sgt, tapi kali
ni rasa macam org mengandung lak. Petang tu nurse bawa gi buat ultra sound.
finding masa buat ultra sound tu… doc nampak ada bening tissue lesion saiz 2.3
x 0.4 x 1.1 cm. doc kata mungkin sebab leukemia, benda-benda mcm ni boleh
berlaku. wahhhh cuba tenangkan diri tapi hati mana tak risaukan.
Esok tak mandi pagi pon huhuhuuu…. Dr.
Sesi kimo pada tengah hari berjalan dng jayanya dan
tangan masih rasa sengal dan sakit. boleh keluar wad dan kena dtg cek FBC lepas
seminggu kimo. doc otopedik pon nak jumpa tengok lutut.
09/11/2016 - FBC di klinik day care serta jumpa pakar
otopedik
11/11/2016 - FBC
14/11/2016 - FBC
15/11/2016 - MIR di hospital pantai cheras
macam biasa result darah makin rendah
Tarikh
|
White Blood Celss
(4.1 – 11.4)
|
Haemoglobin (11.6 – 15.1)
|
Platelet
(171 – 399)
|
ANC
(3.9 – 7.1)
|
9/11
|
0.7
|
8.5
|
160
|
0.3
|
11/11
|
0.5
|
8.3
|
101
|
0.1
|
14/11
|
0.53
|
7.8
|
31
|
0.06
|
Masa buat FBC di Dacare doc kata tak perlu tambah
apa-apa darah. Tapi pada 16hb malam yana demam, so 17hb kena admit masuk wad
untuk atibiotik dan kena masuk 2 pac darah dan 2 platlet. Doc juga bagi surat rujukan
untuk jumpa gyne sebab period tak stop dari 2hb Nov.
Dugaan betul 2nd concolidation. Lepas keluar
wad ada masa dlm 10 hari untuk recover for 3rd consolidation. Next 3rd
Idarubincing (consolidation) dijangka pada 30 Nov 2016 (tunggu wad call baru
dtg). Insya Allah semoga next kimo berjalan dengan lancar dan semoga itu kimo
yang terakhir.
Lepas habis semua kimo, doc plan nak buat BMAT.
Huhhhh gerun kembali bertandang. Takut tapi kena hadap sebab nak tengok hasil
rawatan consolidation nanti.
Isnin, 31 Oktober 2016
ku dan kumpulan sokongan
Saya Juana Jamaludin merupakan seorang isteri dan ibu
kepada tiga orang cahaya mata (13 tahun – 2 tahun) dan sedang bekerja di
sektor kerajaan. Pada 22 Julai 2016, kehidupan saya berubah ketika berada
diusia 35 tahun apabila doktor mengesahkan saya mengalami barah darah jenis Acute
Promyelocytic Leukemia (APML atau APL). APML merupakan sejenis barah dari
sub-type AML (Acute Myeloid Leukemia) dan sangat jarang terjadi berlaku.
Saya diarahkan oleh doktor untuk segera membuat rawatan
INDUCTION kerana jenis APML ini boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat
dengan segera. Dengan tiada ilmu mengenai sakit ini serta dalam keadaan yang
terkejut, saya mengikut sahaja nasihat doktor dan berusaha mencari seberapa
maklumat mengenai APML melalui internet.
Saya akui bukan mudah untuk mencari maklumat dan mereka
yang sama jenis sakitnya dengan saya. Dengan teknologi yang canggih sekarang,
saya gunakan internet dan Facebook (FB) sebagai medium untuk mendapatkan
maklumat, mencari kumpulan sokongan pesakit barah di Malaysia dan juga kumpulan
sokongan khusus untuk APML dari pelbagai negara di samping penerangan daripada
doktor dan jururawat yang merawat.
Saya telah melalui rawatan pertama dipanggil terapi
induksi (INDUCTION) yang memakan masa selama 25 hari di dalam wad untuk
pemantauan dan juga bagi menjalani kimo. Setelah selesai INDUCTION, sampel
sum-sum tulang diambil untuk melihat keberkesanan rawatan. Alhamdullilah keputusan
menunjukkan in remission dan saya kini dalam fasa rawatan ke dua iaitu terapi
konsolidasi/pengukuhan (CONSOLIDATION) bagi membunuh sel-sel leukemia yang
tertinggal dan untuk mengelakkan relap. Pada fasa ini saya akan menjalani 3
pusingan kimo dan setelah tamat, doktor menjangkakan saya akan menjalani
rawatan fasa ke tiga iaitu terapi berterusan (MAINTENANCE) yang melibatkan pengambilan
ubat-ubatan sehingga 2 tahun. Selain itu, darah saya juga akan diambil dan juga
sample sum sum tulang secara berkala 3 ke 6 bulan sekali untuk memantau tahap kesihatan saya.
Bukan senang nak menghadapi proses kesembuhan ini terutamanya bagi saya yang masih di peringkat CONSOLIDATION. Saya rasa hidup kini bagaikan ‘roller coster’ dan saya akui kehadiran kumpulan sokongan ini sangat penting bagi saya untuk kekal positif. Bagi saya, mereka yang berada di dalam kumpulan sokongan ini betul-betul memahami perasaan pesakit barah. Walaupun begitu saya sentiasa bersyukur kerana dikurniakan suami, anak-anak, ahli keluarga, majikan dan rakan-rakan yang selalu ada untuk saya. Malahan para doktor dan juru rawat juga sangat baik dalam membantu saya untuk kekal positif dan kembali sihat.
Doktor kata boleh sembuh bagi sakit jenis ini, walau bagaimanapun ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan kekuatan bagi menghadapi perjalanan yang panjang dan berliku. Saya bersyukur diketemukan dengan insan-insan yang senasib dengan saya yang sama-sama membantu memberi kekuatan dan berkongsi suka duka. Air mata juga menjadi kekuatan untuk saya lebih kuat dan saya yakin ianya merupakan anugerah dari Allah untuk saya lebih mensyukuri dan menghargai kehidupan saya kerana saya antara insan yang terpilih itu.
Qhaleeda, Ijam, Myka dan ibu. (qhalyd tukang ambik gambar) mereka antara yang memberi kekuatan untuk ku |
Bersama Zaki yang menemukan Yana dengan kumpulan sokongan yang lain |
Isnin, 24 Oktober 2016
to be BRAVE
It’s not easy
to smile
to prevent the tears
to accept the fact
and
to be brave
but I must too
To be brave
I smile
I cry
I accept living with it
And again
I must be brave
to fight on
I pray to be brave
I 'll never stop dua, dua and dua
Because I have ALLAH
to smile
to prevent the tears
to accept the fact
and
to be brave
but I must too
To be brave
I smile
I cry
I accept living with it
And again
I must be brave
to fight on
I pray to be brave
I 'll never stop dua, dua and dua
Because I have ALLAH
BMB (Bone Marrow Biopsy)
Sehingga kini yana sudah 3 kali buat BMB. Ia merupakan proses mengambil sample sum sum tulang di kawasan tulang punggung dng pinggang. Masih ada yang kompius, kata air tulang belakang la, air sum sum la dan macam2 lagi. Hakikatnya yang diambil adalah sum sum tulang sahaja, kalu air tulang belakang tu lain prosedurnya. Masa mula-mula buat BMB, adalah bertujuan untuk sahkan jenis penyakit.
1st BMB - Buat di Hospital Putrajaya, dan diberi sedikit sedatif. Rasa mamai skit, masa doktor tekan dkt belakang tu memang terasa gerun tp lepas tu yana pengsan kot sebab dr. tambah sedatif. Yana sedar dan rasa sengal-sengal je di kawasan tempat cucuk tu. Dr. Suruh rehat lebih kurang 6 jam, lepas tu boleh la bangun plan-plan. Yana perasan ada 6 lubang sebesar lidi sate.
bila dah tau result, terus hospital Putrajaya call bawa sample tu kepada Pakar di Hospital Ampang. Terus admit ward dan doc kata nak buat 2nd bone marrow lagi sebab sample yg putrajaya bagi tu kurang jelas. huhuhuuuu sedih tapi hadap je la.
2nd BMB - Buat di Wad 7B, hospital Ampang. Pengalaman masa ni lain skit. Rasa sengal dari lutut kanan hingga ke punggung masa doc buat. Tapi hanya satu lubang je. Buat BMB pagi, petang doktor datang bagi tau memang sah APML. So esok akan terus mula kimo untuk Induction.
3rd BMB - di buat pada minggu ke 8. Tujuan BMB kali ni untuk tengok respon ubat kimo masa induction dan juga untuk tengok gen PML RARA. Disebabkan pengalaman 2nd BMB sakit, yana merayu dng doc suruh kasi pengsan. Disebabkan takut, kesian dkt nurse tak dpt cari line nak masuk jarum. 5 kali cucuk baru dapat masuk line. Doktor kata, pengsan sikit je la tak mau kasi pengsan habis. Alhamdullilah dengan takut-takut tu berjaya juga laluinya dan tak de rasa sengal seperti 2nd BMB. Satu tebukkan juga BMB kali ke 3 ni.
Result 3rd BMB: dapat tau pada 29 September 2016, Alhamdullilah in remission. Doktor kata dah tak da sel-sel kanser. syukur sangat. tapi masih kena buat kimo untuk elak relap.
Walaupon result BMB in remission, result PML RARA masih belum dapat. Insya Allah masa consolidation ke 2 boleh dapat result. Perasaan memang syukur dalam risau. setiap kali doa mesti mintak tidak relap dan dijauhkan dari kanser atau penyakit-penyakit yg merbahaya. Setakat ini doktor tidak ada plan untuk buat BMT (Bone marrow tranplan). Beza dengan leukemia jenis lain yg memerlukan tranplan.
Pengalaman BMB - ada saudara dan kawan-kawan yang bagi nasihat jangan buat BMB, katanya bahaya. Yana paham anda semua sayangkan yana. Tapi yana kompius juga sebab yg bagi nasihat tu hanya sekadar dengar cerita daripada org dan bukan dari pengalaman sendiri. Bagi mereka yg pernah buat BMB memang banyak bagi nasihat pada yana untuk tabah dan beranikan diri kerana BMB memang satu prosedur yg diperlukan untuk penyakit leukemia. Kalu tak buat BMB, tak tau sakit apa. bila tak tau sakit apa, mcam mana nak rawat? Insya Allah BMB tak merbahaya. memang ada sakit skit, tapi diberi ubat bius pada kawasan nak kena cucuk tu. kalu kita takut sangat-sangat memang doktor kasi pengsan or mamai-mamai.
Bulan September 2016 dah buat 3rd BMB, so lebih kurang 3 bulan lagi atau lepas habis sesi Consolidation mungkin kena BMB ke 4 untuk tengok result. Bohong la kalu kata tak takut untuk proses BMB, harap yana boleh tenang dan hadap dengan jayanya prosedur BMB ni.

Consolidation : part 1
CONSOLIDATION merupakan rawatan yang dijalankan selepas INDUCTION. Kebiasaanya rawatan consolidation ni lebih kurang sama masa induction. Sebelum buat consolidation, Dr. Ong suruh buat BMB (Bone Marrow Biopsy) masa minggu ke 8, untuk lihat kesan rawatan masa induction dan juga nak tengok status PML RARA (tak tau nak terangkan).
Doktor maklumkan, dalam consolidation untuk yana, akan ada 3 pusingan kimo. 1st Consolidation yana bermula pada 29 September 2016. Masuk wad sebelah petang dan esok doktor kata akan mula kimo idarubincin utk 2 hari. Satu hari masuk kimo dalam 15 ke 30 minit. Hari ke 2 lepas habis kimo, terus boleh keluar wad dan balik rumah.
Pengalaman masa masuk ubat kimo. 1st day Alhamdullilah, ubat masuk dengan jayanya. Malam tu rasa letih tapi masih boleh menguruskan diri dan bersolat atas katil. Ada rasa sedikit letih.
2nd day kimo, sedih sikit. masa ubat kimo tinggal skit2 nak habis tu, kawasan tempat masuk drip terasa menyucuk-nyucuk. oh!!!! sangat berbeza dengan pengalaman sebelum ni. Ubat yang sepatutnya masuk dlm 30 minit, jadi 45 minit. 2 kali nurse bilas dng air pada saluran drip. Alhamdullilah habis juga ubat tu masuk. Masa keluar, nurse bekalkan dengan ubat tahan muntah jika perlu. Setakat ni yana tak makan, dan berjaya kontrol perasaan tu.
Yana akan datang balik untuk buat Full blood count (FBC) pada 7, 10 & 13 oktober 2016 di Day Care Hospital ampang.
Nampak gaya, platlet semakin rendah, Dr. Ong suruh yana admit ward untuk dua hari tambah platlet dan pantau FBC. So petang tu juga, mask wad dan platlet.
hari ke dua dalam ward, yana demam dng suhu 37.6. doktor kata pantau dulu…
tengah hari suhu turun, tapi mlm suhu naik 37.8. SO doktor yg bertugas ambik sample darah dan terus start antibiotik. daripada 2 hari masuk wad, jadi ke 6 hari sebab tunggu darah putih naik baru boleh balik.
Pagi sebelum boleh keluar ward, Dr. Ong datang. He mention, kalu hari ke 20 lepas kimo biasanya darah akan naik. dan alhamdullilah 'Result FBC naik la skit seperti di bawah.
HB : 8.3
PLT: 23
WBC : 0.5
ANC : 0.0
Alhamdullilah, dah boleh balik rumah berehat sebelum mula 2nd consolidation pada 1 Nov 2016 (tunggu nurse call baru leh admit wad 7B, Hospital Ampang)

7 OKT 2016
|
10 OKT 2016
|
13 OKT 2016
|
|
HB
|
10
|
8.8
|
8.7
|
PLT
|
133
|
67
|
12
|
WBC
|
1.6
|
0.7
|
0.5
|
ANC
|
1.1
|
0.0

Isnin, 12 September 2016
Rawatan APML/APL (part 1)
Yang istimewanya dalam merawat APML/APL ni adalah ubat ATRA (All
Trans Retinoic Acid). Ubat ni merupakan ubat makan yang akan diberikan dengan
serta merta kepada pesakit sebaik sahaja APML dikesan.
ATRA ni bukan merupakan agen chemotherapy, tetapi ia bekerja untuk mematangkan immature promyelocyte cells' inability to absorb retinoic acid (a compound required for cell growth and development). ATRA enables these promyelocytes to develop and then die as would normally happen. Lebih kurang nak menormalkan semula sel-sel yg tak matang. Biasanya kimo akan dijalankan bersama ATRA.
1st cycle of rawatan dipanggil INDUCTION therapy. Macam kes saya, satu cycle kimo ada 3 sesi (1 hari kimo, rehat 1 hari). Ubat kimo saya nama INDARUBICIN. Warna oren, masuk dalam badan melalui drip air lebih kurang 30 minit sahaja untuk satu sesi. Masa 1st time masuk memang terasa berdebar, tapi Alhamdullilah berjaya menyelesaikan 3 sesi kimo untuk 1st cycle. semasa induction, kena duduk dalam ward 100%. saya masuk 22 july 2016 dan keluar wars 15 Ogos 2016, lama kan!!!!
Saya tanya doktor, ada berapa cycle untuk saya? Dia kata ada tiga termasuk 1st cycle tu. So maksudnya ada 2 cycle lagi. Tapi bila saya tanya2 pesakit apml yang lain, katanya ada 4 cycle. Hrmmm nanti saya tanya balik doktor, sebab takut saya yang salah paham, berapa cycle sebenarnya
Untuk next cycle akan dipanggil sebagai CONSOLIDATION therapy dan dijangka akan dibuat pada 29 September 2016. Tapi sebelum nak ke consolidation, kena ambik sample bone marrow (BMAT) dulu dan nak tgh molecular for PML RARA, dan kena review Full blood count (FBC) pada 15 september 2016. 2 hari je lagi huhuuh takut dan gerun walaupun dah 2 kali buat BMAT.

ATRA |
IDARUBICIN masuk ikut drip |
Langgan:
Catatan (Atom)
Close the Care Gap
Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 – 2024: Close the Care Gap Sambutan Hari Kanser Sedunia yang bertemakan ’Close the Care Gap’ dilaksan...
-
Hujung bulan Februari 2019, Yana ada kerja sedikit di Kelantan. Macam biasa, sambil buat kerja, Yana ambik kesempatan m...
-
Apa itu APML? Acute promyelocytic leukaemia (APML) tergolong dalam kumpulan Kanser Darah jenis Lukemia. Ia merupak...
-
Sehingga kini yana sudah 3 kali buat BMB. Ia merupakan proses mengambil sample sum sum tulang di kawasan tulang punggung dng pinggang. Masih...